Hadi: DAP, PKR mana? Jangan salah PAS jika PH kalah di Semenyih

© Provided by Malay Mail Sdn Bhd Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan 'kebimbangannya' calon PH bakal tewas di Semenyih angkara DAP dan PKR yang didakwa 'tidak buat kerja'. — Foto oleh Farhan Najib
MARANG, 22 Feb ― PAS menyindir Pakatan Harapan (PH) agar tidak menyalahkannya jika calonnya tewas di Semenyih gara-gara sikap PKR dan DAP yang “tidak sungguh-sungguh” berkempen.
“Jangan salahkan PAS jika Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) kalah di Semenyih kerana PKR dan DAP tidak turun kerja,” kata presiden PAS seperti dilapor Berita Harian.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan “kebimbangan” parti yang dipimpin Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad gagal mempertahankan kerusi negeri itu.
““Kita [PAS] bimbang PRK Semenyih ini Bersatu kalah kerana PKR dan DAP tidak kerja,” katanya tanpa mengulas panjang ketika ditemui akhbar itu di rumahnya di sini.
Abdul Hadi minggu lalu menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Dr Mahathir dalam satu pertemuan dengan perdana menteri di pejabatnya di Putrajaya.
Namun parti itu kemudian menjelaskan ia tetap bersama Umno berkempen menentang calon PPBM di Semenyih setelah Dr Mahathir berkata ia tidak menyokong calon Umno.

Comments

Popular posts from this blog

mohle kite belajo loghat perak

Peratusan Pengundian PRU14 ikut kaum